Author Archive

Dataran Seri Iskandar Pusat Aktiviti Belia

On the way balik dari Pertandingan Mewarna Kepenggunaan di Ipoh kami ternampak satu banner aktiviti belia sempena sambutan bulan merdeka di Dataran Seri Iskandar pada 1 Ogos 2010. Banyak program yang ada tapi pertandingan mewarna tetap  menjadi pilihan kami. Ohh..ye ada program tambahan kami sertai pada hari tersebut … pakaian beragam :) .

Hasil lukisan krayon Kak Yong pada hari tersebut …

Aktiviti Pakaian Beragam …

Kak Yong Menang Tempat Pertama Pertandingan Mewarna Dan Kak Yang Juga Menang Tempat Pertama Pertandingan Mewarna (Kategori Tadika) + Menang Tempat Pertama Pakaian Beragam. Tema Baju 1 MALAYSIA.

Terima kasih kepada para penganjur dan mereka yang terlibat menjayakan program. Terima kasih juga kepada Cikgu Rokiah selaku person in charged yang telah memberikan maklumat pertandingan kepada Team Conteng Dinding. Sehingga berjumpa lagi…

ikhlas …

Abu Syafi el-Muchtar

Tahniah FOMCA & KPDN

Kepada:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepengguna.
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).
Penganjur Pertandingan Mewarna Akhir Kepenggunaan 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tahniah kita ucapkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepengguna dan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) kerana telah melaksanakan program Pertandingan Mewarna Akhir Kepenggunaan 2010 dengan jayanya bertempat di Queen Hall, Kolej Masterskill, Ipoh, Perak pada 31 Julai 2010 (Sabtu).

Team Conteng Dinding hadir menyertai pertandingan  pada hari tersebut dan amat berpuas hati dengan perjalanan keseluruhan program. Suasana di pintu masuk dewan penuh dengan kehadiran peserta dan juga ibu bapa. Bagaimanapun, pihak penganjur bijak mengawal situasi dengan meletakkan seorang Floor Manager cum Announcer yang sentiasa mengumumkan aktiviti program dari masa ke semasa. Sistem bangle tagging  juga saya kira amat efektif untuk membezakan kategori peserta. Mudah bagi penganjur untuk membahagikan kertas lukisan dan tempat.

PERHATIAN !!!! Notis Makluman Untuk Para Peserta

Dari sudut pertandingan pula, para ibu bapa hanya dibenarkan mengiringi peserta hingga ke pintu dewan utama sahaja. Semua pintu dewan ditutup rapat dan tiada seorang ibu bapa pun dibenarkan untuk membantu anak mereka mewarna. Ibu bapa tidak dibiarkan menunggu begitu sahaja. Pihak penganjur menyediakan program tambahan seperti Kitar Semula dan juga ceramah kesedaran kepada ibu bapa yang berminat untuk menyertainya.

Program Kitar Semula Untuk Para Ibu Bapa

Terima kasih tidak terhingga kepada tenaga kerja yang bertungkus lumus menjayakan program pada hari tersebut. Terima kasih juga kepada badan-badan korporat dan para penaja yang telah bermurah hati menghulurkan sumbangan.

Barisan Penaja Program

Tahniah sekali lagi kepada pihak penganjur daripada Team Conteng Dinding.  Kita jumpa lagi pada tahun hadapan ….

ikhlas,

Abu Syafi El-Muchtar

Pemenang Mewarna Akhir Kepenggunaan 2010

PERTANDINGAN MEWARNA AKHIR KEPENGGUNAAN & KARNIVAL / MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH 2010

Pertandingan kepenggunaan ini telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Julai 2010 di Dewan Serbaguna, Kolej Masterskill Ipoh, Perak. Team Conteng Dinding dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa seramai 600 orang peserta telah hadir pada hari tersebut (in average 200 peserta untuk setiap kategori)…fuhhh penuh sesak satu dewan besar. Alhamdulillah, Kak Yong menang tempat kedua dalam Kategori B :)

Istimewa untuk pembaca laman Conteng Dinding, berikut adalah gambar pemenang Pertandingan Mewarna Akhir Kepenggunaan dan Karnival Penyampaian Hadiah 2010.

PEMENANG KATEGORI A (5 – 6 Tahun)

PEMENANG PERTAMA

PEMENANG KEDUA

PEMENANG KETIGA

PEMENANG KATEGORI B (7 – 9 Tahun)

PEMENANG PERTAMA : LEE SIN YIN

PEMENANG KEDUA : SHAHMIN BATRISYIA (KAK YONG)

PEMENANG KETIGA : TAN JING MIN

PEMENANG KATEGORI C (10 – 12 Tahun)

PEMENANG PERTAMA : TOH SWEE TING

PEMENANG KEDUA : KOK SZE KUAN

PEMENANG KETIGA : CHEONG CHEE WENG

# # #

Laporan..

Asyafi El-Muchtar


10 Fakta Menarik Warna Merah

1. Dalam Ebers Papyrus (buku perubatan Mesir purba), warna merah digunakan untuk tajuk bab, nama penyakit, berat dan dos ubat.

2. Warna merah bermaksud “cantik” di negara Rusia. Di India warna merah adalah simbol bagi tentera. Bagi bangsa di negara China pula, warna merah dikaitkan dengan musim panas, api dan arah selatan.

3. Perkataan “ruby” berasal dari kata Latin Rubens yang membawa maksud “merah”.

4. Terdapat sekurang-kurangnya 23 warna berbeza (shades) daripada krayon merah.

5. Melihat warna merah boleh membuat jantung anda berdegup lebih cepat.

6. Warna merah membawa maksud kekuatan, ghairah, keberanian, penting, keinginan yang tinggi, kekuatan, kelajuan, cinta, hati dan kehangatan.

7. Warna merah boleh menyebabkan kegelisahan dan insomnia jika digunakan di bilik tidur tetapi bagus digunakan di dalam bilik latihan atau tempat permainan.

8. Ahli fesyen mengesyorkan mereka yang ingin menghadiri temuduga atau pertemuan penting supaya memakai pakaian yang mempunyai  sedikit percikan warna merah. Ini kerana warna merah melambangkan personaliti kekuatan, ketegasan dan kepimpinan.

9. Cahaya merah adalah cahaya yang pertama diserap oleh air laut sehingga banyak ikan dan hidupan invertebrata di dalam laut berwarna merah.

10. Warna merah terdapat dalam semua bendera negara Asia Tenggara kecuali Vietnam.

Power Root Anjur Pertandingan

Aktiviti wajib mingguan seperti biasa ialah pertandingan mewarna … berikut adalah pertandingan mewarna yang dihadiri pada minggu lepas.

Minuman coklat Oligo Power Root  juga menganjurkan pertandingan mewarna dengan kerjasama Supermarket Billion. Hadiahnya agak lumayan  juga… piala + baucher Billion.

Jumpa lagi di kiriman akan datang …

ikhlas,

Abu Syafi El-Muchtar

Rahsia Menang Pertandingan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

1. Ya seperti yang saya janjikan kiriman kali ini akan membicarakan tentang beberapa teknik rahsia untuk memenangi pertandingan mewarna. Ada yang kata kalau hendak menang gunakan warna LUNA STAEDTLER (bukan LUNA MAYA ye). Soal medium warna ini saya telah jelaskan dalam kiriman lepas.

Bagaimanapun, Saya percaya semua yang hadir membawa anak ke pertandingan mewarna mesti menyimpan hasrat untuk menjadi pemenang dan seterusnya membawa balik hadiah. Betul tak?

2. Seperti yang saya jelaskan di dalam kiriman sebelum ini, teknik dan panduan yang dikongsi di laman ini adalah berdasarkan pengalaman serta pengamatan saya sendiri tentang kehebatan anak-anak Cina mewarna. Saya tidak mempelajarinya daripada mana-mana pakar melukis dan terpulang kepada anda untuk menilainya.

Apakah rahsia untuk menang pertandingan mewarna?

i) Jangan bergantung kepada bakat semulajadi semata-mata. Hantar anak-anak anda ke bengkel atau kelas mewarna. Kelas seperti ini penting kerana anak anda akan dapat belajar secara formal tentang asas warna, kombinasi warna  teknik sebenar mewarna. Lagi penting ialah anak anda akan dapat lebih pendedahan dan bertambah kreatif melalui pergaulan di dalam kelas. Seorang yang mempunyai bakat menyanyi tetap akan mengikuti beberapa sesi kelas vokal sebelum merakamkan album. Begitulah analogi paling tepat boleh saya sampaikan.

Percaya atau tidak? Hampir semua anak-anak Cina yang memasuki pertandingan mewarna belajar secara formal dalam kelas seni dan kraf semenjak usia tadika. Terdapat juga kelas seni yang lebih advanced yang mengajar teknik lukisan abstract bagi peringkat sekolah rendah (bukan peringkat kolej atau universiti). Saya pernah hadir membawa anak ke pertandingan lukisan abstract anjuran sebuah sekolah Cina beberapa tahun lepas. Peserta diberikan sehelai kertas lukisan kosong besar (hampir menyamai saiz kertas manila card). Kemudian  emcee  mengumumkan tajuk lukisan abtract pertandingan tersebut ialah “senyum”. Peserta dikehendaki menggunakan kreativiti sendiri untuk menggambarkan maksud tajuk tersebut di atas kertas lukisan.

Apa yang saya cuba sampaikan ialah bagaimana kita hendak menang kalau  hadir ke pertandingan tanpa sebarang latihan khusus … kit mewarna  pula hanya segenggam pensil warna “cap ayam” diikat dengan getah (bukan menghina tetapi sekadar membuka minda). Ada chance ke nak beat anak Cina?

ii) Peranan ibu bapa amat penting memberi sokongan 100% kepada anak. Latihan yang konsisten amat penting. Kanak-kanak selalunya cepat bosan kalau dilatih tubi setiap hari. Justeru saya mengambil jalan membawa ke anak-anak ke pertandingan mewarna sekerap mungkin. Kemenangan bukannya satu kemestian. Bagi saya kemenangan adalah bonus. Sekiranya ada pertandingan anak-anak akan mempunyai drive untuk berlatih sendiri. Kita perlu ingat ini hasil karya seni bukan bukannya kerja memecahkan batu di kuari… anak-anak juga perlu mood dan feel.

iii) Pertandingan mewarna bukan semata-mata penuhkan warna di atas kertas lukisan. Untuk menang lukisan anda mestilah mampu mencuri perhatian pengadil. Lukisan anda mesti berbeza daripada yang lain, unik serta nampak  “hidup”. Macam mana nak buat? Anda perlu tambah objek dalam lukisan.  Rahsianya ialah ajar anak anda satu set standard lukisan objek tambahan sebagai background. Pastikan semua objek tambahan tersebut boleh match dengan sebarang gambar objek lukisan utama. Mahirkan anak anda dengan lukisan objek tambahan tersebut dan dari masa ke semasa anda boleh ajar objek tambahan baru.

Ini adalah contoh kertas lukisan pertandingan mewarna. Hanya terdapat gambar beruang sebagai lukisan objek utama. Anda mesti penuhkan ruang di sekeliling dan latar belakang gambar beruang tersebut. Sebabnya ialah kerana anak anda hendak menang, lukisan akan nampak unik dan objek tambahan yang dilukis akan mengurangkan anak anda penat mewarna background putih yang besar.

Ini contoh gambar yang telah ditambah objek tambahan di sekeliling dan juga background objek lukisan utama. Bagaimana perasaan anda? Adakah perasaan anda sama sahaja apabila memandang gambar di atas yang di warna berbanding gambar ini? Susah ke nak lukis?

Tak susah sebenarnya kerana anak anda hanya melukis benda-benda yang biasa sahaja seperti di atas. Ibu bapa kena kreatif mencipa objek tambahan yang boleh dijadikan set standard untuk mana-mana lukisan. So bila sampai sahaja kertas lukisan pertandingan, anak anda hanya masukkan gambar-gambar objek tambahan yang anda telah set mengikut kesesuaian gambar… just fill in the blank. Mudah tak?

iv) Buat sedikit kajian tentang latar belakang penganjur dan juga penaja pertandingan mewarna. Ini amat membantu anda untuk meneka gambar lukisan yang bakal dipertandingkan. Contohnya jika penaja ialah SWAN STABILO gambarnya ialah kartun itik swan, DUMEX gambarnya ialah kartun ikan lumba-lumba dan NESTLEA gambarnya ialah kartun beruang. Anda juga boleh meneka gambar lukisan melalui tajuk dan tema hari penganjuran. Semua ini boleh dijadikan panduan dan secret recipe anda untuk memenangi pertandingan.

v) Bagaimanapun semua tips dan panduan rahsia untuk menang pertandingan mewarna di atas hanyalah bahagian daripada usaha kita dan selebihnya adalah soal rezeki. Kecantikan dan seni adalah sesuatu yang abstract. Cantik di mata kita tetapi tidak bagi para pengadil.  Kita tidak tahu background pengadil. Berapa ramai para penganjur dan pengadil mahir menilai seni dan tahu asas warna.  Itu belum lagi masuk isu-isu “politik”  lain seperti soal kroni…yang menang tu “orang-orang kita” je, pemenang mesti reflect konsep 1 Malaysia walaupun hakikatnya mereka tidak layak dan macam-macam lagi. Alahai …hadiah hamper pon sampai hendak dipolitikkan dan kesannya cukup besar kerana penganjur secara tidak langsung membunuh moral mereka yang bakat.

Kak Yong tengok budak yang menang tu warna tak campur dan tak tambah gambar pon. Macam mana dia boleh  menang?”, soal anak saya. Saya termenung panjang…tidak tahu bagaimana hendak menerangkannya kepada anak saya. Akhirnya saya akur tentang hakikat bahawa isu politik juga menjadi sebahagian daripada “unwritten topic” yang perlu anda terangkan kepada anak-anak apabila menyertai pertandingan mewarna :)

Ramai penganjur juga bacul kerana tidak berani mempamerkan lukisan yang dipilih sebagai pemenang. Mempamerkan lukisan para pemenang penting untuk anak kita menilai dan belajar teknik lukisan. Secara tidak langsung anak kita akan belajar appreciate seni orang lain dan tidak “syok sendiri”.

3. Jadikan pertandingan sebagai satu medan belajar bagi anak-anak kita. Menang adalah bonus. Anak-anak anda akan tertekan sekiranya anda terlalu mengharapkan kemenangan. Banyak nilai kehidupan yang anda boleh ajar sewaktu pertandingan begini contohnya hidup ini ada menang dan kalah. Kita tidak selalunya menang dalam semua hal. Ajar anak anda terima  kekalahan (setelah berusaha) dan bersyukur kepadaNya sekiranya menang.

Terima kasih.

Asyafi El-Muchtar

# # #

NOTA : Sekiranya maklumat di dalam artikel ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada anda, saya amat mengalu-alukan komen anda di bawah. Terima kasih.

# # #

Surat Terbuka Untuk MPM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kepada :

Jawatankuasa Kecil Pelancongan Local Agenda 21 (LA 21),
Penganjur Karnival Rekreasi Pantai Teluk Batik.

1. Sekalung tahniah kita ucapkan kepada Majlis Perbandaran Manjung  (MPM) kerana melangkah setapak ke hadapan dengan pelancaran Amalan 5S dalam organisasinya baru-baru ini.

2. Inisiatif Jawatankuasa Kecil Pelancongan Local Agenda 21 (LA 21) Manjung, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menganjurkan menganjurkan Karnival Rekreasi Pantai Teluk Batik pada 17 Julai 2010 adalah satu usaha yang memang patut dipuji. Sebagai pihak berwajib, program sedemikian seharusnya dianjurkan dari semasa ke semasa bagi tujuan promosi  menarik pelancong ke Teluk Batik. Kehadiran pelancong secara tidak langsung akan menjana pendapatan kepada para usahawan kecil di kawasan sekitar.

3. Sebagai seorang pengunjung yang hadir pada hari karnival dan membawa anak menyertai pertandingan mewarna, saya terpanggil untuk memanjangkan beberapa isu berkaitan penganjuran karnival dari  kaca pandangan saya sendiri dan “cakap-cakap” pengunjung lain yang hadir pada hari tersebut.

4. Kecerian pagi karnival diiringi deruan ombak pantai Teluk Batik  dihangatkan dengan kata-kata tidak enak diluahkan oleh ibu bapa peserta pertandingan mewarna. “Inilah program pertandingan mewarna paling teruk pernah saya hadir”, kata seorang bapa yang juga seorang guru sekolah.

“It is really suck…the organiser doesn’t know how to organise the program”, sanggah seorang ibu berbangsa Cina yang hadir membawa anak lelakinya.

Ini adalah sebahagian kata-kata “ikhlas” diluahkan oleh pengunjung yang hadir menyertai program karnival tersebut.

5. Sebagai seorang yang berfikiran positif, saya cuba untuk memahami dan menyelami  situasi penganjur. Logik akal saya menafikan “cakap-cakap”  pengunjung tersebut kerana  MPM sebuah organisasi yang telah memenangi anugerah Kaunter Terbaik  peringkat negeri Perak 2010.  Perkara tersebut tidak mungkin berlaku. Bagaimanapun, akhirnya saya terpaksa mengaku dan akur dengan hakikat penganjuran program tersebut sememangnya kelam-kabut dan tidak profesional.

Pihak penganjur hanya memberi tumpuan kepada aktiviti  sukan (bola tampar pantai, bola sepak pantai dan bola jaring) dan melaksanakan program pertandingan mewarna seperti melepaskan batuk di tangga…asalkan jadi sahaja sudah. Saya berani mengatakan pertandingan mewarna anjuran Supermarket The Store atau Billion jauh lebih hebat dari segi pengurusan dan susun aturnya.

6. Untuk makluman tuan, lima (5) orang peserta yang hadir pertandingan mewarna hari tersebut boleh dikategorikan sebagai peserta tegar…yakni peserta tetap mana-mana pertandingan mewarna. Pertandingan mewarna sudah dijadikan aktiviti tetap mingguan kami. Sebut sahaja di mana …Insa’allah kami akan hadir jika tiada aral. Justeru, penganjuran sambil lewa dan “asal jadi” oleh pihak penganjur sememangnya tidak boleh diterima apatah lagi ianya dilakukan oleh pihak Majlis.

7. Kecelaruan penganjuran program pertandingan mewarna pada hari tersebut boleh dilihat dari beberapa sudut :-

>> Sepanjang pengalaman 6 tahun  saya tour membawa anak menyertai pertandingan mewarna di serata tempat, inilah baru pertama kali  saya temui pertandingan mewarna kategori umur 6 dan 7 tahun digabungkan sekali….sememangnya hari ini dalam sejarah. Kategori pertandingan mewarna biasanya dibahagikan seperti berikut : Kategori Tadika (5-6 tahun), Kategori 7-9 tahun dan Kategori 10-12 tahun.

>> Peserta yang mendaftar pertandingan mewarna terus diberikan kertas lukisan walhal pertandingan dijadualkan  akan bermula setengah jam lagi. Ini bertentangan dengan semangat pertandingan itu sendiri kerana ada ibu bapa yang “tolong lukis” bagi pihak anak-anak mereka.  Sepatutnya kertas lukisan hanya akan diedarkan setelah para peserta benar-benar bersedia duduk di tempat yang ditetapkan dan para ibu bapa berada di luar garisan ruang pertandingan.

>> Penganjur mengendalikan pertandingan secara remote…dj dari jauh mengumumkan pertandingan sudah bermula. Tiada usherette atau AJK yang memberi taklimat pertandingan.  Kami ibu bapa terpinga-pinga…masing-masing saling soal menyoal soalan-soalan berkaitan pertandingan. Berapa lama durasi pertandingan? “Pandai-pandai kita la … hentam je … seronok-seronok”, cakap seorang bapa peserta menenangkan keadaan. Ini bukan jawapan yang dikehendaki. Kalau nak seronok-seronok buat apa anjur pertandingan…baik tukarkan tajuk  acara seperti “Fun with Colors”. Betul tak?

Usherette atau AJK hanya datang setelah peserta mula mewarna dan semua muka usherette nampak blur je…tanya soalan apa pun tidak boleh nak jawap (soalan bayak kerana tiada taklimat). Nak cakap masa pertandingan sejam pun takut-takut. Boleh extend masa tak sebab kertas lukisan ni besar A3? Untuk kanak-kanak dalam usia tersebut kertas lukisan yang sesuai ialah bersaiz A4 sahaja. Penyampaian hadiah pukul berapa? Semua AJK terkebil-kebil … alahai … susah sangat ke soalan tu?  Saya tersenyum sumbing teringatkan satu kata-kata  … “Many people quit looking for work when they find a job”.:)

8. Pertandingan mewarna secara kasarnya nampak senang tetapi ianya tidak seperti yang disangkakan. Sistem pengurusan yang mantap dan sedikit asas pengetahuan atau pengalaman mengenai pertandingan yang serupa amat penting untuk melicinkan sepanjang acara.  Saranan saya supaya jenguk-jenguklah mana-mana acara pertandingan mewarna di supermarket The Store atau Billion … mungkin pihak tuan boleh belajar sesuatu untuk meningkatkan prestasi penganjuran pertandingan mewarna di masa hadapan.

ikhlas,

Abu Syafi El-Muchtar

Kit Mewarna

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Mak…kita nak bawa apa ke pertandingan mewarna esok???

Ya, inilah soalan yang nampak remeh tapi penting diambil kira kerana peralatan yang betul antara faktor menyumbang kemenangan. Jom kita ceritakan satu persatu apakah kandungan “Kit Mewarna” yang perlu di bawa ke pertandingan mewarna.

1. ALAT TULIS

Alat tulis adalah perkara asas yang utama wajib dibawa seperti pensil, pemadam, pembaris dan kandungan yang berkaitan dalam kotak pensil. Terpulang kepada anda untuk bawa berapa banyak pensil atau pun kotak pensil ke hari pertandingan.

2. PENSIL WARNA ATAU KRAYON

Pastikan medium warna yang dibenarkan untuk pertandingan. Sekiranya pertandingan tidak menetapkan sebarang syarat medium warna, anda boleh campur krayon dan pensil warna (untuk gambar-gambar yang kecil).

Kualiti warna yang baik akan menentukan hasil yang terang dan lebih outstanding. Jangan gunakan pensil warna “Cap Ayam” kerana ia tidak menghasilkan warna yang dikehendaki. Untuk pensil warna, saya mencadangkan anda gunakan jenama SWAN STABILO JUMBO. Saiz pensil warna JUMBO yang besar memudahkan anak kita untuk memegangnya. Lead warna JUMBO yang besar dan tebal juga membantu anak kita mewarna dengan cepat.

Untuk menyerlahkan warna lebih mengancam, anda boleh campurkan  karya lukisan dengan pensil warna neon STAEDTLER. 6 batang pensil warna neon ini jika digunakan sebaiknya mampu untuk mencuri perhatian para juri …  markah bonus untuk anda yeahhh.

Bagi medium warna krayon, anda boleh menggunakan oil pastels atau krayon jenama STAEDTLER atau BUNCHO. Ini adalah pillihan yang biasa digunakan dan mampu menghasilkan warna yang terbaik. Terdapat pelbagai  jumlah kandungan warna dalam pek krayon tersebut untuk anda pilih mengikut budget.

Medium warna krayon juga mempunyai 12 batang kaler neon untuk menyerlahkan warna lukisan anda. Ya, warna neon ini amat membantu mencantikkan warna lukisan anda.

3. TUALA GOOD MORNING

Fungsi tuala good morning ialah sebagai lapik atas kertas lukisan bagi mengelakkan comot akibat geselan lengan terutamanya warna krayon.  Kadangkala peluh juga boleh merosakkan warna lukisan. Antara lain fungsi tuala good morning ialah untuk menutup karya lukisan daripada diciplak atau ditiru oleh peserta-peserta di sekeliling kita.

4. PENSIL 8B STAEDTLER

Pensil STAEDTLER 8B mempunyai lead atau mata besar berasaskan arang (charcoal). Fungsinya untuk lorekan outline disekeliling gambar semasa finishing. Amat sesuai untuk lukisan warna krayon. Ia secara tidak langsung menjadikan gambar lebih “hidup” dengan shadow hitam.

5. MEJA MEWARNA

Meja mewarna amat penting untuk keselesaan peserta. Kita perlu ingat pertandingan mewarna selalunya memakan masa di antara 1.30 – 2 jam. Meniarap atau duduk membongkok membuatkan peserta cepat penat dan memberi kesan kepada karya lukisan.

NOTA : Sekiranya maklumat di dalam artikel ini memberi manfaat kepada anda, saya amat mengalu-alukan komen anda di bawah. Terima kasih.

# # #

Weekend Warm-Up!!!

3 perkara pesan Tok Guru yang mesti diamalkan untuk meningkatkan kuasa jurus mewarna iaitu …PRAKTISPRAKTIS dan PRAKTIS. Inilah antara aktiviti hujung minggu ContengDinding … warm up dan test power di pertandingan-pertandingan mewarna.

“Latihan Ulangkaji Jurus Hikmat Berus Water Color”

“Gaya Kuntau Nan Hwa >> Pertandingan Mewarna Anjuran Danone-Dumex Dgn Kerjasama SMK Nan Hua, Sitiawan Pada 28 Mei 2010″

“Gaya Serangan Meninggalkan Lawan >> Juara Rakyat  pada 4 Jun 2010″

“Gaya Pukulan Itik Serati >> Pertandingan Mewarna Anjuran Swan Stabilo Dgn Kerjasama The Store, Sitiawan Pada 20 Jun 2010″

# # #

Siri Jelajah Pertandingan Mewarna

Pembukaan Tirai Siri Pertandingan Mewarna Hari Pengguna Malaysia yang diadakan pada 27 Mac 2010 di GIANT Hypermarket Sri Manjung, Perak.

Seterusnya Siri Pertandingan Mewarna Hari Pengguna Malaysia 2010 di GIANT Hypermarket Taiping, Perak pada 28 Mac 2010.

Siri jelajah ini akan diteruskan lagi mengikut jadual pertandingan yang dipaparkan dalam kiriman sebelum ini. Apa yang pasti …jom kita sertai Pertandingan Akhir Mewarna Hari Pengguna Malaysia 2010 yang akan diadakan pada 31 Julai 2010 di Kuala Lumpur atau Selangor (lokasi sebenar tidak ditetapkan lagi).

Untuk penyertaan, sila muat turun borang pertandingan dan isikan maklumat lengkap peserta kemudian hantar kepada FOMCA (penganjur). Tarikh tutup penyertaan ialah pada 18 Jun 2010.

 [ Klik DOWNLOAD untuk muat turun borang penyertaan ]

Nota : Pertandingan ini dianjuran oleh FOMCA dan Team ContengDinding hanya membantu menghebahkan maklumat.

# # #

ikhlas
Abu Syafi @ Abi