Archive for the ‘Aktiviti’ Category
Dataran Seri Iskandar Pusat Aktiviti Belia
On the way balik dari Pertandingan Mewarna Kepenggunaan di Ipoh kami ternampak satu banner aktiviti belia sempena sambutan bulan merdeka di Dataran Seri Iskandar pada 1 Ogos 2010. Banyak program yang ada tapi pertandingan mewarna tetap menjadi pilihan kami. Ohh..ye ada program tambahan kami sertai pada hari tersebut … pakaian beragam
.

Hasil lukisan krayon Kak Yong pada hari tersebut …
Aktiviti Pakaian Beragam …
Kak Yong Menang Tempat Pertama Pertandingan Mewarna Dan Kak Yang Juga Menang Tempat Pertama Pertandingan Mewarna (Kategori Tadika) + Menang Tempat Pertama Pakaian Beragam. Tema Baju 1 MALAYSIA.
Terima kasih kepada para penganjur dan mereka yang terlibat menjayakan program. Terima kasih juga kepada Cikgu Rokiah selaku person in charged yang telah memberikan maklumat pertandingan kepada Team Conteng Dinding. Sehingga berjumpa lagi…
ikhlas …
Abu Syafi el-Muchtar
Pemenang Mewarna Akhir Kepenggunaan 2010

PERTANDINGAN MEWARNA AKHIR KEPENGGUNAAN & KARNIVAL / MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH 2010
Pertandingan kepenggunaan ini telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Julai 2010 di Dewan Serbaguna, Kolej Masterskill Ipoh, Perak. Team Conteng Dinding dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa seramai 600 orang peserta telah hadir pada hari tersebut (in average 200 peserta untuk setiap kategori)…fuhhh penuh sesak satu dewan besar. Alhamdulillah, Kak Yong menang tempat kedua dalam Kategori B
Istimewa untuk pembaca laman Conteng Dinding, berikut adalah gambar pemenang Pertandingan Mewarna Akhir Kepenggunaan dan Karnival Penyampaian Hadiah 2010.
PEMENANG KATEGORI A (5 – 6 Tahun)
PEMENANG PERTAMA
PEMENANG KEDUA
PEMENANG KETIGA
PEMENANG KATEGORI B (7 – 9 Tahun)
PEMENANG PERTAMA : LEE SIN YIN
PEMENANG KEDUA : SHAHMIN BATRISYIA (KAK YONG)
PEMENANG KETIGA : TAN JING MIN
PEMENANG KATEGORI C (10 – 12 Tahun)
PEMENANG PERTAMA : TOH SWEE TING
PEMENANG KEDUA : KOK SZE KUAN
PEMENANG KETIGA : CHEONG CHEE WENG
# # #
Laporan..
Asyafi El-Muchtar

Power Root Anjur Pertandingan
Aktiviti wajib mingguan seperti biasa ialah pertandingan mewarna … berikut adalah pertandingan mewarna yang dihadiri pada minggu lepas.
Minuman coklat Oligo Power Root juga menganjurkan pertandingan mewarna dengan kerjasama Supermarket Billion. Hadiahnya agak lumayan juga… piala + baucher Billion.

Jumpa lagi di kiriman akan datang …
ikhlas,
Abu Syafi El-Muchtar
Weekend Warm-Up!!!
3 perkara pesan Tok Guru yang mesti diamalkan untuk meningkatkan kuasa jurus mewarna iaitu …PRAKTIS…PRAKTIS dan PRAKTIS. Inilah antara aktiviti hujung minggu ContengDinding … warm up dan test power di pertandingan-pertandingan mewarna.

“Latihan Ulangkaji Jurus Hikmat Berus Water Color”
“Gaya Kuntau Nan Hwa >> Pertandingan Mewarna Anjuran Danone-Dumex Dgn Kerjasama SMK Nan Hua, Sitiawan Pada 28 Mei 2010″
“Gaya Serangan Meninggalkan Lawan >> Juara Rakyat pada 4 Jun 2010″
“Gaya Pukulan Itik Serati >> Pertandingan Mewarna Anjuran Swan Stabilo Dgn Kerjasama The Store, Sitiawan Pada 20 Jun 2010″
# # #
Siri Jelajah Pertandingan Mewarna

Pembukaan Tirai Siri Pertandingan Mewarna Hari Pengguna Malaysia yang diadakan pada 27 Mac 2010 di GIANT Hypermarket Sri Manjung, Perak.

Seterusnya Siri Pertandingan Mewarna Hari Pengguna Malaysia 2010 di GIANT Hypermarket Taiping, Perak pada 28 Mac 2010.
Siri jelajah ini akan diteruskan lagi mengikut jadual pertandingan yang dipaparkan dalam kiriman sebelum ini. Apa yang pasti …jom kita sertai Pertandingan Akhir Mewarna Hari Pengguna Malaysia 2010 yang akan diadakan pada 31 Julai 2010 di Kuala Lumpur atau Selangor (lokasi sebenar tidak ditetapkan lagi).
Untuk penyertaan, sila muat turun borang pertandingan dan isikan maklumat lengkap peserta kemudian hantar kepada FOMCA (penganjur). Tarikh tutup penyertaan ialah pada 18 Jun 2010.
[ Klik DOWNLOAD untuk muat turun borang penyertaan ]
Nota : Pertandingan ini dianjuran oleh FOMCA dan Team ContengDinding hanya membantu menghebahkan maklumat.
# # #
ikhlas Abu Syafi @ Abi