Archive for the ‘Komen’ Category

Tahniah FOMCA & KPDN

Kepada:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepengguna.
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).
Penganjur Pertandingan Mewarna Akhir Kepenggunaan 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tahniah kita ucapkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepengguna dan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) kerana telah melaksanakan program Pertandingan Mewarna Akhir Kepenggunaan 2010 dengan jayanya bertempat di Queen Hall, Kolej Masterskill, Ipoh, Perak pada 31 Julai 2010 (Sabtu).

Team Conteng Dinding hadir menyertai pertandingan  pada hari tersebut dan amat berpuas hati dengan perjalanan keseluruhan program. Suasana di pintu masuk dewan penuh dengan kehadiran peserta dan juga ibu bapa. Bagaimanapun, pihak penganjur bijak mengawal situasi dengan meletakkan seorang Floor Manager cum Announcer yang sentiasa mengumumkan aktiviti program dari masa ke semasa. Sistem bangle tagging  juga saya kira amat efektif untuk membezakan kategori peserta. Mudah bagi penganjur untuk membahagikan kertas lukisan dan tempat.

PERHATIAN !!!! Notis Makluman Untuk Para Peserta

Dari sudut pertandingan pula, para ibu bapa hanya dibenarkan mengiringi peserta hingga ke pintu dewan utama sahaja. Semua pintu dewan ditutup rapat dan tiada seorang ibu bapa pun dibenarkan untuk membantu anak mereka mewarna. Ibu bapa tidak dibiarkan menunggu begitu sahaja. Pihak penganjur menyediakan program tambahan seperti Kitar Semula dan juga ceramah kesedaran kepada ibu bapa yang berminat untuk menyertainya.

Program Kitar Semula Untuk Para Ibu Bapa

Terima kasih tidak terhingga kepada tenaga kerja yang bertungkus lumus menjayakan program pada hari tersebut. Terima kasih juga kepada badan-badan korporat dan para penaja yang telah bermurah hati menghulurkan sumbangan.

Barisan Penaja Program

Tahniah sekali lagi kepada pihak penganjur daripada Team Conteng Dinding.  Kita jumpa lagi pada tahun hadapan ….

ikhlas,

Abu Syafi El-Muchtar