Kit Mewarna
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Mak…kita nak bawa apa ke pertandingan mewarna esok???
Ya, inilah soalan yang nampak remeh tapi penting diambil kira kerana peralatan yang betul antara faktor menyumbang kemenangan. Jom kita ceritakan satu persatu apakah kandungan “Kit Mewarna” yang perlu di bawa ke pertandingan mewarna.
1. ALAT TULIS
Alat tulis adalah perkara asas yang utama wajib dibawa seperti pensil, pemadam, pembaris dan kandungan yang berkaitan dalam kotak pensil. Terpulang kepada anda untuk bawa berapa banyak pensil atau pun kotak pensil ke hari pertandingan.
2. PENSIL WARNA ATAU KRAYON
Pastikan medium warna yang dibenarkan untuk pertandingan. Sekiranya pertandingan tidak menetapkan sebarang syarat medium warna, anda boleh campur krayon dan pensil warna (untuk gambar-gambar yang kecil).
Kualiti warna yang baik akan menentukan hasil yang terang dan lebih outstanding. Jangan gunakan pensil warna “Cap Ayam” kerana ia tidak menghasilkan warna yang dikehendaki. Untuk pensil warna, saya mencadangkan anda gunakan jenama SWAN STABILO JUMBO. Saiz pensil warna JUMBO yang besar memudahkan anak kita untuk memegangnya. Lead warna JUMBO yang besar dan tebal juga membantu anak kita mewarna dengan cepat.
Untuk menyerlahkan warna lebih mengancam, anda boleh campurkan karya lukisan dengan pensil warna neon STAEDTLER. 6 batang pensil warna neon ini jika digunakan sebaiknya mampu untuk mencuri perhatian para juri … markah bonus untuk anda yeahhh.
Bagi medium warna krayon, anda boleh menggunakan oil pastels atau krayon jenama STAEDTLER atau BUNCHO. Ini adalah pillihan yang biasa digunakan dan mampu menghasilkan warna yang terbaik. Terdapat pelbagai jumlah kandungan warna dalam pek krayon tersebut untuk anda pilih mengikut budget.
Medium warna krayon juga mempunyai 12 batang kaler neon untuk menyerlahkan warna lukisan anda. Ya, warna neon ini amat membantu mencantikkan warna lukisan anda.
3. TUALA GOOD MORNING
Fungsi tuala good morning ialah sebagai lapik atas kertas lukisan bagi mengelakkan comot akibat geselan lengan terutamanya warna krayon. Kadangkala peluh juga boleh merosakkan warna lukisan. Antara lain fungsi tuala good morning ialah untuk menutup karya lukisan daripada diciplak atau ditiru oleh peserta-peserta di sekeliling kita.
4. PENSIL 8B STAEDTLER
Pensil STAEDTLER 8B mempunyai lead atau mata besar berasaskan arang (charcoal). Fungsinya untuk lorekan outline disekeliling gambar semasa finishing. Amat sesuai untuk lukisan warna krayon. Ia secara tidak langsung menjadikan gambar lebih “hidup” dengan shadow hitam.
5. MEJA MEWARNA
Meja mewarna amat penting untuk keselesaan peserta. Kita perlu ingat pertandingan mewarna selalunya memakan masa di antara 1.30 – 2 jam. Meniarap atau duduk membongkok membuatkan peserta cepat penat dan memberi kesan kepada karya lukisan.
NOTA : Sekiranya maklumat di dalam artikel ini memberi manfaat kepada anda, saya amat mengalu-alukan komen anda di bawah. Terima kasih.
# # #
Insya Allah semoga usaha murni saudara akan dibalas oleh Allah subhanahu wa taala.
Insa’allah….saya cuba untuk menyampaikan apa yang saya tahu melalui pengalaman saya sendiri. Street wise kata org..mohon maaf sekiranya apa yg saya persembahkan bertentangan dgn silibus seni lukisan yg sebenar.
Saya ucapkan jutaan terima kasih krn. ada tip yg. berguna untuk aktiviti mewarna memandangkan saya selaku pengerusi sebuah pertubuhan pernah mengadakan aktiviti pertandingan bolehlah saya rujuk tip-tip tersebut.
Sama-sama. Insa’allah saya cuba yang terbaik untuk dikongsi bersama
Salam,
Actually saya pun sama mcm keluarga en.syafi selalu attend colouring
contents tak kira mana.sape organizer dan jauh sampai ke mana..selalu
gak menang tapi kali nie saya nak tips mcamana nak kalahkan anak2 cina…boleh tak?
W’salam Khamilah,
Terima kasih singgah di Conteng Dinding.com … Daripada pemerhatian saya kepada anak-anak Cina, ada beberapa tips yang saya rumuskan boleh digunapakai (saya sendiri pon pakai) untuk menang dalam pertandingan. Bagaimanapun Khamilah, semuanya terserah kepada rezeki. Ya…saya akan tulis artikel penuh tentang isu ini di kiriman blog akan datang.
Alhamdulillah dan terina kasih anyway ye rezeki ada di mana2 mungkin penggunaan ayat saya yang agak kurang selesa jadi saya akan mempertingkatkan lagi usaha anak2 agar lebih maju di dlm dunia seni ini..
Walaupon rezeki tetapi usaha tetap dari kita…insa’allah saya akan tulis tentang 1-2 teknik amalan anak-anak cina menang pertandingan.
salam.saya sebagai seorang ibu yang boleh dikatakan aktif membawa anak2 saya menyertai pertandingan mewarna disekitar pulau pinang sangat2 bersetuju dengan apa yg diperkatakan.perbezaan warna yg (anak melayu kita pakai)digunakan memang memainkan peranan dlm menentukan kemenangan sesuatu pertandingan.org melayu kita ni kedekut dlm hal sebegini tetapi lebih berminat menghabiskaan wang jikalau anak nak jd artis.4 me children who love art will become more usefull person in future coz we use art in most job that will pay u 4 to 5 figure n kestabilan hidup akan terjamin dgn gaji tetap mcm2. anyway thanks 4 the tips n i enjoy baca something yg lebih kurang sama dgn suara hati saya.good luck
Medium warna krayon juga mempunyai 12 batang kaler neon untuk menyerlahkan warna lukisan anda. Ya, warna neon ini amat membantu mencantikkan warna lukisan anda.==di mana saya boleh dapat kan kryon in neon colour..i try to find it at stationary..tp x pernah jumpa..nak cari kat mana ye?and then range price dia dlm brp rm? and one more thing..how did we want to know is there any colouring contest nearby my place..fyi..for the time been..we live at kuantan..thanks for helping me..still noobiee in this field..
Betul … Betul … Betul. Pendedahan kepada art semenjak kecil akan mengaktifkan otak kanan dan otak kiri secara seimbang. Konsep art atau seni amat luas…nanti kita kupas di kiriman akan datang.
Widuri,
Trima kasih bebanyak singgah di laman conteng dinding. Kaler neon krayon boleh didapati di kedai2 alat tulis (kedai-kedai yg besar). Kalau susah juga nak jumpa try beli di mana2 pusat tuisyen art. Selalunya mereka ada simpan stok utk pelajar mereka. Beberapa hari lepas saya ada terjumpa kaler neon krayon jenama BUNCHO. Harganya lebih kurang RM13.90.
Utk mengetahui pertandingan mewarna pula, parents kena peka dan aktif sket cari maklumat. Antara tips ialah pasang siaran radio saluran pahang fm. Dj akan hebahkan maklumat aktiviti setempat. Selalu pusing2 tgk banner atau poster pertandingan. Selalu melawat supermarket dan hypermarket utk tgk sebarang acara pertandingan. Memang agak susah buat permulaan tp lama-lama nanti bila dah kenal boleh pasang “kaki” atau informer utk update aktiviti.
salam thanks for info..ur website is very useful for me n my kids..hope u will give more tips in colouring so my daughter can get xtra knowledge..plz do share information bout contest or anything bout art..mine also will do that–sharing is caring–tq
Wsalam. Thanks to you too for supporting this blog.
salam…kebelakangan nie kat tempat saya ada byk pertandingan kdg2 time plk sama..mcmana nak suite kan time sbb anak2 saya klu blh sume contents nak joint…ha one more mcmana nak tau info contents?tq
W’salam Khamilah,
Fenomena biasa kadang-kadang tu sampai 2-3 pertandingan dalam masa serentak. Sampai tak tahu mana satu nak pilih masuk. Dalam hal begini selalunya kita akan pilih penganjur terbaik, distance yang lebih ekonomi dan tak lupa juga hadiah yang ditawarkan
. Inilah peluang kepada mereka yang jarang-jarang menang … masuk ke pertandingan yg x glamer sgt…ada chance menang sebab org yg teror2 selalunya pergi pertandingan yg power2. Kena redha dan korbankan pertandingan yang lain.
Info contents selalunya kita x tau secara tepat. Spt yg saya terangkan dlm kiriman lepas…kita boleh predict je. Kita x perlu terlalu risaukan content pertandingan sebab kita dh ada set gambah tambahan yang boleh fit mana-mana lukisan. Apa lagi yang boleh kita lakukan?
salam..fyi..i just got neon colour in cryon..sgt suka hati..im sooo excited..mlm tu gak try test that colour..mmg sgt cantik n puas hati..the price is rm13.90..but because member of popular,got member price..got some diskaun..lagi gumbira..hahahah..really thanks for ur guide..
tahniah…kami pong tompang gumbira